Bazar Ramadan Jalan Raja Alang antara 22 yang ditutup di seluruh negara

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang antara 22 yang ditutup di seluruh negara

Kegagalan para pengunjung mematuhi SOP menyebabkan berlakunya penularan Covid-19 di Bazar Ramadan yang memaksa 22 daripadanya di seluruh negara ditutup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penularan wabak Covid-19 yang terus menunjukkan trend meningkat memaksa kerajaan mengambil tindakan menutup 22 bazar Ramadan di seluruh negara termasuk yang paling popular iaitu Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ia membabitkan lokasi bazar Ramadan di tujuh negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur akan ditutup mulai esok selepas dikesan berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pengunjung bazar.

Arahan telah diberikan kepada 12 pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri berkenaan menerusi memo yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertarikh hari ini.

Operasi 22 bazar Ramadan yang diarahkan tutup itu adalah di Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan di Kuala Lumpur.

Di Kedah, bazar Ramadan terbabit yang perlu ditutup ialah Bazar Ramadan Taman Selasih (Kulim), Bazar Ramadan Baling 2021 dan Kupang 2021 (Baling).

Di Pahang membabitkan Bazar Ramadan Lurah Semantan dan Bazar Ramadan Temerloh Jaya, kedua-duanya di Temerloh.

Hanya satu bazar yang diarahkan tutup di Perak  iaitu Bazar Ramadan Bazar Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan.

Di Pulau Pinang lapan bazar diarahkan tutup operasi iaitu Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; Attakwa Taman Bertam Indah; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya, Bazar Ramadan Jalan Berangan Bukit Bintang 2021, Bazar Ramadan Bukit Gedung dan Taman Tun Sardon.

Di Selangor pula, arahan penutupan membabitkan bazar Ramadan di Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil (Subang Jaya) dan Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka (Ampang Jaya).

Di Kuala Lumpur, selain Jalan Raja Alang turut diarahkan tutup ialah Bazar Ramadan Taman Setiawangsa.

Di Johor Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex (Pasir Gudang), Bazar Ramadan Kampung Pasir Jalan Mata Kuching dan @Mart, Kempas (Johor Bahru) dan Bazar Ramadan Lok Heng (Kota Tinggi) perlu ditutup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya