Bayi lelaki ditinggal dengan nota 'Tolong Jaga Budak Ini' 

Bayi lelaki ditinggal dengan nota ‘Tolong Jaga Budak Ini’ 

SEORANG bayi lelaki ditemukan ditinggalkan dengan sekeping nota di hadapan pintu pagar Persatuan Perkembangan Kesihatan Pulau Pinang, Jelutong di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan dengan sekeping nota bertulis: Tolong Jaga Budak Ini’  di pintu pagar pejabat Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang, Jelutong, di sini malam tadi. 

Bayi itu ditemukan dalam keadaan berselimutkan kain tuala berwarna hijau muda itu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun kira-kira pukul 7.40 malam. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki berkenaan menjumpai bayi tersebut sebaik sahaja membuka pintu premis tersebut dari dalam. 

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya membawa masuk itu ke  dalam premis terbabit  sebelum dipakaikan lampin pakai buang, pakaian serta diberi susu formula oleh seorang wanita di situ. 

“Pengadu memaklumkan yang dia ke situ untuk bertemu rakan-rakan lamanya. Dia tidak menyangka menemui bayi yang berada dalam keadaan baik dan tidak menangis. 

“Pihak polis yang ke lokasi kejadian bagaimanapun telah menyerahkan bayi tersebut kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, penimbulan cap jari pada nota yang ditinggalkan bersama bayi telah dibuat termasuk meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian. 

Sehubungan katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta  menghubungi Pegawai Penyiasat ditalian: 019-473 5105 atau lapor di balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya