Amal ayat 9 surah Yassin, ayat Kursi sebagai pendinding sihir - Ayob Khan - Utusan Malaysia

Amal ayat 9 surah Yassin, ayat Kursi sebagai pendinding sihir – Ayob Khan

AYOB Khan Mydin Pitchay (kanan) beramah mesra dengan sebahagian peserta Majlis INTAN Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang, Johor. -UTUSAN/NUR NABILAH RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Gara-gara kelantangan dan ketegasan memerangi jenayah sejak dahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang tidak suka dan boleh melakukan apa sahaja terhadapnya termasuk sihir.

Namun beliau berkata, soal rezeki, hidup dan mati bukan ditentukan oleh manusia melainkan Allah SWT kerana baginya jika ketakutan terhadap makhluk menguasai diri, seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaannya.

“Bagi saya, kita jangan angkuh dan jangan cakap besar (kerana) paling penting tuan-tuan (anda) buat kerja dengan ikhlas. Kalau kita buat kerja ikhlas kerana Allah, (urusan) yang lain jangan bimbang.

“Orang akan buat, orang akan atur, orang akan sekat tuan-tuan, tapi kalau Allah sudah tentukan wahai Ayob kamu akan mati pukul 12.05 minit (akibat) sakit jantung ketika memberi syarahan di INTAN Kluang, saya akan matilah.

“Allah yang tentukan (juga), wahai Ayob kamu akan pencen sampai KP Johor, kamu tak boleh pergi lagi atas (naik pangkat), (maka) pencen KP Johorlah. Jadi rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi Allah yang tentukan, kalau takut tuan-tuan tak akan dapat buat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, tidak dinafikan amalan sihir tidak dapat lari daripada realiti kehidupan masyarakat hari ini, namun beliau turut berkongsi amalan tertentu sebagai pendinding diri daripada terkena sihir.

“Memanglah orang Melayu khususnya, dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Dia akan guna (pelbagai cara), tak boleh berdepan-depan dia guna cara halus, tak boleh nak ini dia akan guna bomoh, macam-macam ada orang yang terkena banyak lah kan.

“Insha-Allah, ayat kesembilan surah Yassin itu pendinding, kalau nak keluar rumah baca selain daripada ayat Kursi. Tetapi (kita) kena yakin, memang benda-benda mistik itu ada, bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.