Yayasan LBS sumbang bantuan kepada mangsa ribut di Sepang -

Yayasan LBS sumbang bantuan kepada mangsa ribut di Sepang

Amirudin Shari (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Hairol Azman Razali (tengah) dan pada majlis penyerahan sumbangan oleh Yayasan LBS kepada mangsa ribut di Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut yang melanda Sepang pada Sabtu lalu telah meninggalkan kesan kepada sebahagian komuniti di sekitarnya dan memusnahkan kediaman mereka di
tengah-tengah pandemik ini.

Dalam usaha untuk memikul tanggungjawab sosial, Yayasan LBS, selaku sayap tanggungjawab sosial korporat LBS Bina Group terus komited dalam
memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi membantu mangsa ribut yang terlibat, LBS Foundation telah menyumbang sebanyak RM3,000 dan 500 botol air minuman kepada Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Yayasan LBS telah diwakili oleh Amal Abd Aziz telah menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seroja, Hairol Azman Razali disaksikan oleh Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Pegawai Daerah Sepang, Mohamad Zain A. Hamid.

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, wabak Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan masyarakat ketika ini, dan ribut yang berlaku ini telah
memberi kesan yang lebih besar kepada kehidupan keluarga yang terlibat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dan mengurangkan beban mangsa ribut,” katanya

Antara kawasan perumahan yang terjejas di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi (PPTS) adalah Taman Seroja, Taman Dahlia, Apartment Seroja Hill, Apartment Taman Dahlia,
Kampung Baru Pekan Salak dan Kampung Salak Tengah.

Selain dari itu, sekolah-sekolah di kawasan tersebut – Sekolah Rendah Taman Seroja, SK Taman Seroja dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi turut terjejas dan mengalami kerosakan.

Selain itu, khemah dan peralatan di sekatan jalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang turut rosak akibat daripada angin kencang dan hujan lebat yang berterusan. LBS Foundation bersimpati
dengan kejadian yang menimpa mangsa ribut dan berharap penduduk setempat dapat pulih secepat mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini