Ustaz Kazim berlakon, nyanyi untuk dakwah - Utusan Malaysia

Ustaz Kazim berlakon, nyanyi untuk dakwah

MOHD. Kazim Elias semasa menjadi tetamu semasa bersiaran di Radio Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini memilih untuk menggunakan media sosial seperti Facebook serta platform rancangan hiburan dan seni untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih meluas.

Ketika ini beliau sedang berkolaborasi dengan beberapa penerbit bagi menghasilkan kandungan-kandungan rancangan tertentu yang bakal disiarkan menerusi kaca televisyen.

Menurut Ustaz Kazim, beliau juga akan merakamkan sebuah lagi lagu bersama seorang penyanyi dalam masa terdekat sempena Ramadan nanti.

“Sebelum ini saya pernah menyumbang suara untuk lagu Salawat 1442 yang diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun lalu bersama dua penyanyi rap, Tuju dan Tyco.

“Kali ini juga bersama seorang lagi penyanyi dan lagu ini diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat,” katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi tamu semasa bersiaran di Radio Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Selain itu, kata Ustaz Kazim, beliau juga telah selesai menjalani pengambaran di sekitar bandar ini untuk sebuah telemovie yang akan disiarkan pada Ramadan nanti.

“Pada waktu terdekat juga saya akan jadi juri sebuah rancangan lawak muzikal bagi sebuah saluran televisyen dan juga dijemput untuk terlibat berlakon dalam satu sitkom juga untuk siaran di televisyen yang akan dirakam pada April nanti.

“Sekarang saya lebih banyak menggunakan teknik berdakwah melalui seni dan hiburan selain media sosial termasuk mengadakan ceramah secara langsung menerusi laman Facebook.

“Pada masa sama, saya juga sedang berbincang untuk menjalinkan pelbagai kerjasama dengan MBI untuk menjayakan banyak program terutama memberi pemahaman kepada masyarakat tentang pematuhan Syariah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya