UMNO sama seperti Pas main dua kolam - Guan Eng

UMNO sama seperti Pas main dua kolam – Guan Eng

LIM Guan Eng (depan, dua dari kanan) dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Kampar, Perak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Tindakan UMNO yang masih memberi sokongan dan tetap berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun sudah memutuskan untuk tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sama seperti Pas yang ‘bermain dua kolam’.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keadaan itu menunjukkan UMNO sememangnya mempunyai kecenderungan untuk menguasai apa juga keadaan dalam pilihan raya akan datang.

Melihat sikap UMNO itu, Guan Eng mengaku beliau sendiri tidak pasti apa pendirian sebenar UMNO.

“Kalau UMNO sudah buat keputusan yang jelas bahawa mereka tidak mahu bersama Bersatu, maka harus tinggalkan kerajaan tetapi tidak, UMNO masih bersama dengan kerajaan.

“Itu yang kita cakap UMNO mahu dua-dua menang, boleh jadi ini perkara biasa, serupa yang dilakukan Pas yang bermain dua kolam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di sini hari ini.

Mengenai kemelut UMNO dan Bersatu, Guan Eng berkata, ini membuktikan kerajaan PN tidak menunjukkan kestabilan politik yang kukuh.

Katanya, malah dalam kalangan UMNO sendiri telah berlaku perselisihan faham yang mengelirukan lagi pendirian sebenar parti itu.

“Contohnya, walaupun Presiden UMNO sudah memberi kenyataan tetapi ada menteri cakap lain pula, jadi saya tak tahu UMNO ini apa. UMNO ikut cakap Annuar Musa (Tan Sri Annuar Musa) atau Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi).

“Tapi biarlah mereka selesai masalah keluarga mereka, kita tak campur dalam hal ini,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama pada PRU-15.

Surat berkenaan juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya