Tugas Ketua Pegawai Media BN digantung sebulan - Utusan Malaysia

Tugas Ketua Pegawai Media BN digantung sebulan

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tugas Ketua Pegawai Media Barisan Nasional (BN) digantung sebulan berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan  siasatan berhubung kekhilafan kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  mengenai persidangan Parlimen.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab. Aziz berkata, beliau menubuhkan siasatan dalaman pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media yang tidak mendapat kelulusan sekretariat Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu selain kurang tepat seperti  telah dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat dewan tersebut.

“Merujuk kenyataan media Pengerusi BN  bertarikh 4 Mac, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada sedikit kekeliruan terhadap kenyataan berkenaan atas kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN.

“Maka setelah mendengar pandangan Jawatankuasa Siasatan Dalaman, saya menggantung tugas Ketua Pegawai Media BN bagi tempoh satu bulan berkuat kuasa serta-merta. Ini juga bagi membolehkan proses siasatan dalaman dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid menerusi kenyataan media selaku Pengerusi BN antara lain mengesyorkan ahli parlimen menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah agar sidang Parlimen diadakan segera.

Malah beliau merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.

Sebaliknya, tiga parti komponen BN iaitu MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyanggah kenyataan Ahmad Zahid itu dan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Rabu lalu juga mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya