Tiada lagi isu lompat parti dalam PH - Utusan Malaysia

Tiada lagi isu lompat parti dalam PH

IZHAM Hashim (kiri) ketika melawat Kelong Paradise di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Isu berhubung lompat parti yang menjadi pergolakan antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) berakhir apabila Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak menerima mana-mana ahli daripada parti komponen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, keputusan itu dibuat dua hari lalu dalam mesyuarat bersama yang mempersetujui tidak ada lagi lompat parti antara komponen.

Beliau berkata, sekiranya masih ada yang mahu melompat parti sesama komponen, perkara itu tidak akan berlaku dan mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

“Selangor telah ditadbir dengan sangat baik. Jika berlaku rasa tidak puas hati sana sini, ia perkara biasa. Bagaimanapun, isu lompat parti ini ada kepentingan peribadi, kenapa hendak lompat parti kalau hubungan ‘cantik’?

“Kita tidak boleh benarkan lompat parti ini sebagai budaya kerana mereka yang mewakili kawasan masing-masing menang atas tiket parti. Sekiranya hendak lompat parti, mereka perlu letak jawatan dan biarkan rakyat tentukan semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa siri lawatan ke Sabak Bernam.

Mengulas lanjut, Izham berkata, PH Selangor kini sedang dalam perbincangan untuk melihat semula kerusi yang dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu membabitkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga parlimen.

Beliau berkata, setakat ini, kerusi yang dibincangkan melibatkan Bersatu sementara yang lain kekal.

“Selangor adalah negeri stabil dalam PH dan sebarang isu yang timbul ia melalui rundingan serta daripada segi prinsipnya, kerusi di Selangor kekal dengan tiga parti.

“Ini yang kita bincangkan dan selesai sahaja jika hendak tukar dengan PKR secara suka sama suka terpulang. Bagaimanapun, jika ada parti lain yang hendak sertai, perkara ini dibincangkan di peringkat lebih tinggi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya