Siapa juara AJL35? - Utusan Malaysia

Siapa juara AJL35?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 yang bakal berlangsung malam ini. Acara tahunan yang ditunggu-tunggu ibaratnya. Sebanyak 12 lagu bakal bertanding, merebut kejuaraan.

Jadi Poklip dan Cik Bunga pun beranganlah hendak meramal siapa yang bakal menjuarai pertandingan lagu yang cukup dinanti-nanti. Bergaduh juga lah nak pilih juara. Yalah, bukan mudah tau.

Cik Bunga meramalkan kemenangan bakal berpihak kepada 7 Nasihat nyanyian Kmy Kmo, Luca Sickta dan Shiha Zikir. Alasannya mudah, lirik lagu tersebut cukup mendalam dan sudah lama tidak mendengar lagu berentak gurindam.

Tidak dinafikan lagu tersebut ‘kuat’ namun, Poklip pula meramalkan sama ada Eh (Zizi Kirana) dan Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B). Dua lagu tersebut mempunyai peluang yang cerah.

Lirik dan melodi yang berbeza menjadikan dua lagu itu sebagai pilihan Poklip. Namun, kita jangan sesekali menafikan kekuatan lagu Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

Eh, susah betul nak buat pilihan kan? Jangan dilupa calon underdog seperti Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Hutang (Floor 88). Kita pernah meraikan kemenangan yang tidak disangka-sangka.

Kalau diikutkan semua lagu punya peluang. Terpulang kepada kepakaran dan pemilihan barisan juri yang memilih lagu terbaik. Poklip ini bukan reti sangat nak bercakap soal muzik kan.

Pastinya antara persembahan yang dinanti-nanti adalah Peluang Kedua (Nabila Razali). Sebelum ke pentas akhir juga sudah punya banyak drama, jadi kita tunggu sahaja!

Malah kembalinya Aishah ke pentas AJL menerusi lagu Aku Bidadari Syurga juga dinanti-nanti oleh ramai. Selepas 13 tahun tidak beraksi di pentas AJL, dia kembali memberi saingan.
Jadi, kata pun ramalan. Inilah ramalan Pancaindera untuk AJL 35!

Drama sungguh!

Kisah panas minggu ini dikongsi rakan Poklip yang kurang berkenan dengan sikap penyanyi seorang ini. Dakwanya, penyanyi ini sungguh kuat berdrama. Kadang-kadang kalah sinetron tau dramanya

Ceritanya, dia sudah berjanji dengan penyanyi ini untuk satu sesi fotografi. Tarikh dan waktu sudah ditetapkan, cuma tunggu tibanya hari. Namun, tiba-tiba sahaja penyanyi ini tukar tarikh.

Alasan yang diberikan kononnya dia ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Mula-mula rakan Poklip reda sahajalah. Jadi dia pun bersetuju dan mula memberi seleksi tarikh lain untuk sesi fotgrafi.

Namun pisang berbuah dua kali. Kali ini alasan penyanyi itu, dia tidak dapat menjayakan sesi fotografi kerana ada urusan kerja. Eh, apa masalah sebenarnya ya? Susah sangat nak bagi komitmen.

Rakan Poklip bengang kerana dia sudah memberikan beberapa tarikh untuk dipilih. Yalah kita faham jadual anak seni yang padat namun pastinya dia sudah menyusun terlebih dahulu sebelum bersetuju.

Kalau tahu sudah ada komitmen lain, kenapa bersetuju pada awalnya? Sudah menyusahkan pelbagai pihak. Yalah, kita perlu berjanji dengan jurumekap, pendandan rambut dan baju tajaan. Jadi bukankah itu menyusahkan orang lain?

Kalau betul perangai penyanyi itu begitu, maka berubahlah. Jangan mudah menabur janji dan akhirnya memakan diri. Kalau rasa publisiti tidak penting, tak apa. Bak kata seorang budak dalam iklan televisyen popular, Aiman tak kisah!

Berseronok sahaja, bukan nak kahwin pun

Berdesing telinga bila ada kawan rapat Cik Bunga sampaikan cerita ini.

Kalau sebut nama pelakon, pengacara dan bekas anggota sebuah kumpulan ini, Cik Bunga tahu, mesti ramai yang akan cakap ‘ehhhh tak akanlah. Dia nampak macam budak baik!’

Kalau ada yang kata begitu, sah anda berada dalam golongan yang masih lagi terlalu naif untuk mengerti sisi gelap dunia hiburan kita ini.

Kononnya, telah banyak wanita yang menjadi ‘mangsa’ artis ini dan kebanyakannya berkongsi respons yang sama, mereka tak sangka lelaki ini tergolong dalam golongan lelaki keji. Ops!

Tengok pada rupa parasnya, nampak baik sahaja, cakap pun sopan. Tapi rupa-rupanya, bertopengkan manusia. Suka mainkan perasaan wanita. Bukan itu sahaja, dia ini jenis lelaki yang jadikan wanita yang didampingi untuk stok ‘main’ sahaja.

Terbaru, Cik Bunga dapat tahu, dia ini sedang cuba mengejar cinta seorang artis wanita yang pernah menyertai sebuah program kesenian bersama dengannya.

Nak kata baru, tak baru jugalah sebab Cik Bunga dengar, sebenarnya dia sudah lama mengintai peluang kalau dapat ‘makan’ pelakon tersebut. Tapi asyik kena friendzone.

Agaknya bila tidak dilayan, dia rasa semakin tercabar. Tetap juga nak mencuba. Masalahnya, kalau niatnya untuk mendirikan masjid bersama, mengubah diri menjadi insan yang lebih baik, ada juga faedah dan pahalanya. Ini tidak dik!

Cik Bunga memang pantang dengan lelaki buaya macam ini. Alang-alang jadi buaya, elok saja dicampak sekali ke kandang buaya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN