Selangor tawar 14,000 tapak bazar Ramadan  - Utusan Malaysia

Selangor tawar 14,000 tapak bazar Ramadan 

Operasi bazar Ramadan di Besut, Terengganu diarah tutup susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menawarkan kira-kira 14,000 tapak bazar Ramadan di seluruh negeri pada tahun ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, jumlah tersebut kurang berbanding tahun-tahun sebelum itu.

“Ini kerana bazar Ramadan perlu dikendalikan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun, saya telah minta semua majlis daerah untuk meneliti semula sama ada boleh membenarkan lebih ramai peniaga berniaga di  bazar Ramadan yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis Pergerakan Pulang Pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Terminal Bas Shah Alam di sini yang turut dihadiri, Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan. 

Dalam pada itu, Rodziah berkata, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan ditempatkan di setiap bazar bagi memastikan peniaga dan pembeli mematuhi peraturan.

“Bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19, pihaknya  meminta peniaga menjalankan urusan jual beli secara  dalam talian.

“Kita cuba meminimumkan sentuhan semasa jual beli dan peniaga boleh mendapat kod untuk mengakses e-Wallet semasa memohon permit bazar,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Rashidi berkata, sebanyak 1,100 tapak bazar Ramadan yang ditawarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tahun ini berbanding 1,618 tapak pada tahun lalu.

Jelasnya, setakat ini, 800 tapak telah dimiliki  manakala kira-kira 300 tapak masih boleh dipohon.

“Peniaga boleh memohon untuk mendapatkan tapak  secara atas talian sehingga Jumaat ini.

“Kita bersetuju  memberikan subsidi sewa tapak sebanyak RM50 bagi setiap tapak kepada peniaga bazar. Sebuah tapak kini antara  RM247 sehingga RM537 mengikut jenis jualan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya