BERGELAR Juara Big Stage musim pertama sememangnya membuka ruang dan peluang berbeza untuk Sarah Suhairi. Namanya terus memuncak. Dia juga disebut-sebut sebagai antara pelapis penyanyi wanita hebat kelak. Namun percaturannya harus disusun kemas sekarang. Dia tidak boleh bermain-main dan hanya mengharap sokongan peminat. Halwa telinga harus disaji dengan seleksi lagu-lagu malar segar yang menjadi portfolionya kelak. Melihat kanvas seni Sarah, dia berani mencuba sesuatu yang berbeza. Bermula dengan genre balada,…









