Polis Selangor sedia bantu kesan Muhammad Sajjad - Utusan Malaysia

Polis Selangor sedia bantu kesan Muhammad Sajjad

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor akan membantu mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang menyembunyikan diri selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima apa-apa permohonan surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Bagaimanapun, sekiranya ada surat diterima, kita akan membantu dalam mengesan individu terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Terdahulu, serbuan telah dilakukan kira-kira pukul 9 malam di kediaman usahawan itu di Seksyen 10, Kota Damansara, namun Muhammad Sajjad gagal dikesan dan ketika itu hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruzzaman Harun, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan.

Baru-baru ini, JAIS telah memberikan arahan kepada penguatkuasanya bagi mengesan dan menahan Muhammad Sajjad untuk dibawa ke mahkamah.

Pemburuan terhadap Muhammad Sajjat, 36, susulan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya Rabu lalu kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Syariah.

Muhammad Sajjad menghilangkan diri tanpa khabar selepas memberikan sijil cuti sakit (MC) kepada peguamnya Isnin lalu.

Jelas sumber, Muhammad Sajat telah memberikan MC kepada peguam mewakilinya, Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman yang diperoleh daripada hospital kerajaan selama dua hari.

“Namun, selepas memberikan salinan MC kepada peguamnya melalui aplikasi Whatsapp, dia langsung tidak memaklumkan apa-apa.

“Malah, pesanan ringkas yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas dan dia menghilangkan diri,” kata sumber.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya