Peniaga kek untung melonjak musim Covid-19 - Utusan Malaysia

Peniaga kek untung melonjak musim Covid-19

NURUL Fatimah Marzuki menunjukkan produk yang mendapat permintaan tinggi di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada aktiviti perniagaan malah ada yang terpaksa menutup operasi.

Namun, bagi usahawan pembuat kek dan pastri, Nurul Fatimah Marzuki, 35, perniagaannya terus berkembang dan mendapat permintaaan tinggi daripada pelanggan.

Dia yang tingal di Taman Temerloh Jaya, di sini berkata, kek dan pencuci mulut hasil air tangannya mendapat permintaan tinggi sehingga terpaksa mengehadkan hari untuk tempahan.

Menurutnya, dia tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan dari seluruh daerah tersebut walaupun hanya berniaga menerusi aplikasi WhatsApps dan perkhabaran secara mulut ke mulut.

“Saya buat seorang diri, jadi bimbang tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Status tempahan dibuat menerusi WhatsApps pun bertalu- talu mesej masuk, syukur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Nurul Fatimah berkata, setiap kali tempahan dibuka, ratusan produk terjual terdiri pelbagai kek dan pencuci mulut antaranya kek hari jadi, coklat pisang, coklat moist, dan brownies.

Menyorot permulaan perniagaannya, katanya, ia hanya bermodalkan wang pinjaman RM50 daripada suaminya dan kini berkembang maju.

“Saya sendiri tidak menyangka dengan belajar sendiri dan melihat YouTube serta mencuba idea sendiri, hasil air tangan mendapat perhatian pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga anak berkenaan melahirkan bersimpati dengan nasib peniaga kecil dan sederhana lain yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya