Pemimpin utama pembangkang tolak kerjasama kleptokrat

Pemimpin utama pembangkang tolak kerjasama kleptokrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai lima wakil rakyat pembangkang termasuk seorang Ahli Dewan Negara menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan menggesa blok pembangkang terus diperkukuhkan.

Mereka melibatkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahudddin Ayub (Timbalan Presiden Parti Amanah Negara); Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Ketua Wira Parti Warisan Sabah) dan Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP).

Dua lagi ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Pengasas Muda) dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu).

Menerusi kenyataan bersama, mereka menyeru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat. 

“Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini. Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR dalam sidang akhbar memaklumkan pihaknya tidak menafikan kemungkinan wujud kerjasama dengan UMNO.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia telah melangkaui setahun kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) apabila berdepan dengan kecelaruan pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara ketika Malaysia dilanda pandemik Covid-19 yang berpanjangan ini.

Justeru itu kata kenyataan itu, blok pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia. 

“Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai iaitu ekonomi, kesihatan dan politik, kepemimpinan PN tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan yang jelas. 

“Kelompongan ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan satu gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat. 

“Tatkala PN gagal menzahirkan kemampuan dan iltizam, blok pembangkang perlu bersama-sama menunjukkan suri tauladan kepemimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat kebanyakan,” tambah kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya