KPDNHEP perluas program penyeragaman harga barang - Utusan Malaysia

KPDNHEP perluas program penyeragaman harga barang

ALEXANDER Nanta Linggi (tiga kiri) memeriksa harga runcit bahan api bersubsidi di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluas Program Penyeragaman Harga Keperluan Asas ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan program itu bagi membolehkan rakyat di pedalalaman menikmati harga barangan keperluan harian pada harga berpatutan seperti penduduk di bandar.

Katanya, inisiatif itu dimulakan di Sabah dan Sarawak sejak 2009 dan dilihatmencapai objektif dalam membantu rakyat.

“Kementerian sedia memperluas program ini ke kawasan pedalaman di semenanjung Malaysia selepas melihat kejayaan projek perintis di Sabah dan Sarawak.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa kawasan di Semenanjung menyertai program ini dan kita akan tambah kawasan-kawasan baharu bagi memastikan lebih ramai yang mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan program peti dan buku log lawatan penguat kuasa KPDNHEP di Stesen Minyak Pasir Pekan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu serta Dabong, Kuala Krai menjadi lokasi perintis pelaksanaan program itu di Semenanjung Malaysia.

“Difahamkan, kos pengangkutan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan harga di kawasan pedalaman.

“Oleh itu, kita perkenalkan usaha ini bagi memastikan pengguna menikmati harga berpatutan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya