Kedai dipecah masuk, Amaris rasa nak rebah! - Utusan Malaysia

Kedai dipecah masuk, Amaris rasa nak rebah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedai Amaris My Tart cawangan ketiga milik pelakon, Putra Amaris dipecah masuk oleh penjenayah  pagi semalam.

Muhammad Amran  Ismail atau lebih dikenali Putra Amaris, 35, ketika dihubungi berkata, semalam merupakan hari pertama pembukaan cawangan baharu namun sebelum dibuka malang tidak berbau pelakon itu mendapat khabar buruk.

“Sebenarnya saya masih dalam keadaan terkejut. Sekitar pukul 9 pagi saya terima panggilan telefon daripada petugas  bahawa kedai dipecah masuk dan sudah dilaporkan kepada pihak polis Kota Damansara.

“Setibanya saya di kedai, pihak polis sedang melakukan siasatan. Kerugian masih belum diketahui, namun anggaran duit lesap daripada peti simpanan tidak lebih daripada RM1,000, manakala kos kerugian lain seperti kerosakan sistem di kedai itu.

“Mendengarkan perkhabaran itu, saya rasa macam nak rebah sebab terperanjat. Iyalah hati tengah gembira nak buka cawangan baharu tapi ini pula yang saya terima. Bagaimanapun, saya terima dan reda atas apa yang telah berlaku,” jelasnya.

Jelas pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu lagi, pihak pengurusan pusat beli belah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa menerusi kamera litar tertutup.

Kejadian yang berlaku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila Amaris mendedahkan pada bulan lalu ibu pejabat  My Tart Amaris di Batu Caves pernah dipecah masuk dan mengalami kerugian RM20,000.

“Saya rasa sekarang ini macam trauma, kes pecah masuk sebelum ini pun saya hampir empat hari tak cukup tidur, satu lagi kes berlaku. Saya kehilangan tiga biji komputer riba dan  duit berjumlah RM20,000.

“Sekarang ini pergerakan bisnes terbantut dan terpaksa direncanakan semula. Mungkin pelaku jenayah terhempit dengan situasi PKP ataupun hilang pekerjaan. Justeru, saya membuka ruang peluang pekerjaan kepada mereka di luar sana andai terkesan dengan keadaan sekarang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya