JKM kesan waris bayi berusia 3 bulan - Utusan Malaysia

JKM kesan waris bayi berusia 3 bulan

BAYI berusia tiga bulan tidak diambil ibu kandungnya selepas diserahkan kepada keluarga angkat di Taman Kampung Padang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini mengesan waris seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang diserahkan kepada keluarga angkat di Taman Kampung Padang, di sini.

JKM dalam kenyataannya memaklumkan, bayi itu diserahkan ibu kandungnya pada 16 Februari tahun lalu untuk jagaan sementara kerana dia dikatakan mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di bandar ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, sehingga 22 Disember tahun lalu, ibu kandung bayi lelaki tersebut tidak datang mengambil anaknya.

“Ia menyebabkan keluarga angkat terbabit membuat laporan polis sebelum memanjangkan kes ini ke pengetahuan JKM daerah.

“Ini kerana keluarga angkat itu tidak mengenali ibu kandung bayi tersebut secara mendalam dan mereka hanya sesekali berjumpa di kawasan perumahan tersebut semasa bayi masih dalam kandungan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, usaha mencari ibu kandung bayi berkenaan dibuat oleh keluarga angkat tersebut tetapi malangnya disebabkan bayi itu diserahkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, prosesnya mengenal pasti waris menjadi sukar.

“Perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak dan pencarian waris melalui siaran media telah dipohon di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Daerah Kuantan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris bayi ini, diminta hadir di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan atau menghubungi Pelindung, Zalina binti Yusoff di talian 09-5724225,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.