Inflasi keseluruhan dijangka meningkat 5.0 peratus suku kedua - Utusan Malaysia

Inflasi keseluruhan dijangka meningkat 5.0 peratus suku kedua

NOR SHAMSIAH MOHD. YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini sebelum menyederhana secara purata antara 2.5 peratus dan 4.0 peratus bagi tahun ini.

Inflasi keseluruhan yang mengukur jumlah inflasi ekonomi, termasuk komoditi seperti harga makanan dan tenaga ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, peningkatan sementara kadar inflasi pada suku kedua itu disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun lalu.

“Tahun lalu, harga minyak di pam di Malaysia ialah sekitar RM1.37 berbanding RM1.95 tahun ini. Justeru, peningkatan itu bersifat sementara.

“Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi petrol RON95 pada RM2.05 dan RM 2.15 satu liter untuk diesel. Namun, inflasi teras dijangka antara 0.5 hingga 1.5 peratus tahun ini,” kata beliau.

Inflasi teras mengukur perubahan harga pengguna secara purata, tidak meliputi harga barangan dan perkhidmatan yang dipengaruhi turun naik harga seperti harga bahan bakar.

Bagaimanapun, tinjauannya tertakluk kepada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya