Gangguan bekalan air di 30 kawasan di Selangor ekoran kerja pengalihan, penyambungan paip

Gangguan bekalan air di 30 kawasan di Selangor ekoran kerja pengalihan, penyambungan paip

GANGGUAN bekalan air di Selangor disebabkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melakukln kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg
di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini.

Ini berdasarkan  jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac 2021.

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini dijangka akan siap pada pukul 9 malam hari ini.

Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Seperti yang dimaklumkan, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula puku 9 pagi, 30 Mac 2021.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 9 pagi, 1 April 2021.

Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 15 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal yang terdiri daripada hospital
dan pusat dialisis serta untuk upacara pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor
di talian 15300.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya