Diskaun saman sebanyak 50 peratus di MyBayar Saman

Diskaun saman 50 peratus di MyBayar Saman

KOPERAL Cawangan Pengurusan Saman, Adilah Mohamed@Ahadiah menunjukkan Aplikasi Telefon Pintar MyBayar Saman ketika Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Telefon Pintar MyBayar Saman di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi saman terpilih kepada mereka yang membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

Tawaran diskaun itu berlangsung selama 18 hari bermula semalam hingg 11 April ini bagi menggalakkan orang ramai menggunakan portal dan aplikasi dalam talian, MyBayar Saman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati budaya pembayaran kompaun saman secara e-pembayaran semakin meningkat sejak tahun lalu iaitu 46.7 peratus berbanding 18.5 peratus pada tahun 2019.

Justeru itu, satu portal dan aplikasi khas, MyBayar Saman diwujudkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran dengan cepat dan mudah. 

“Aplikasi ini dilancarkan selaras dengan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022,” katanya selepas melancarkan portal dan aplilkasi MyBayar Saman Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berharap kewujudan MyBayar Saman akan mengurangkan kebergantungan JSPT kepada ajen kutipan swasta serta meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan JSPT kepada orang ramai.

“Ini juga dapat memenuhi harapan pengguna untuk membayar saman tanpa had masa dan sempadan selain tidak dikenakan caj perkhidmatan

“Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman sama ada di Google Play Store atau Apple Apps Store.

MyBayar Saman juga boleh diakses melalui laman sesawang PDRM iaitu www.mybayar.rmp.gov.my,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya