KETIKA hampir semua parti politik mengalami keadaan dikhianati wakil rakyatnya yang melompat atau lari sehingga ramai memilih menyertai parti kerajaan, DAP sebaliknya terus kukuh dengan kesetiaan ahli Parlimennya. Dilatih jujur, itu antara sebab utama sukar untuk kita mendengar wakil rakyat terutama ahli Parlimen DAP melompat ke parti lain. Kejujuran dalam perjuangan dan menggalas matlamat perjuangan sehingga berjaya, menjadi kunci kesetiaan pemimpin mereka kepada parti dan ketua. Bercakap kepada Utusan Malaysia,…










