Buat laporan disamun mahu elak denda hilang MyKad kali kelima - Utusan Malaysia

Buat laporan disamun mahu elak denda hilang MyKad kali kelima

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang jurujual lelaki di sini cuba bertindak licik membuat laporan polis kononnya disamun bagi mengelak didenda kerana kehilangan MyKad kali kelima.

Bagaimanapun, helah lelaki berusia 26 tahun itu memakan diri apabila dia ditahan polis pukul 5.40 petang semalam yang mendapati keterangan diberikan kakaknya berbeza.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek pada Isnin lalu membuat laporan dia disamun dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di Bagan Ajam, di sini sehingga kehilangan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai kira-kira RM30.

“Bagaimanapun, siasatan ke atas saksi iaitu kakaknya mendapati suspek membuat laporan sedemikian kerana takut didenda Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan sudah empat kali kehilangan kad pengenalan sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, suspek mahu mengelak membayar denda sebanyak RM1,010 yang dikenakan oleh JPN bagi kehilangan MyKad kali ketiga dan ke atas.

Beliau berkata, suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya