KUALA LUMPUR: Syarikat konglomerat Abu Dhabi, Bin Zayed International LLC menyasarkan untuk membawa masuk pelaburan bernilai RM100 bilion ke Malaysia untuk beberapa tahun akan datang. Buat fasa permulaan ia membabitkan projek pembangunan Widad@Langkasuka di Pulau Langkawi, Kedah dengan kerjasama Widad Business Group Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Bin Zayed International LLC, Sheikh Midhat Kidwai berkata, pihaknya yakin projek itu akan menjadi salah satu projek ikonik Malaysia dengan mengangkat Pulau Langkawi ke…