fbpx

Biar ‘rugi’ jutaan ringgit demi Sejarah

ARIPIN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jangan takut ‘rugi’ jutaan ringgit demi menulis dan merombak semula buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat.

Apa yang penting menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya pelajar dengan menghayati sejarah mencintai negara bangsa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, penerapan itu perlu bermula dari peringkat sekolah supaya golongan pelajar mempunyai semangat berasaskan Rukun Negara.

“Dalam buku teks berkenaan, penerapan semangat patriotisme kurang, dalam buku Sejarah ia mesti mengarahkan kepada dua perkara iaitu Rukun Negara dan perpaduan. Ia dikemaskan lagi dengan berlandaskan falsafah pendidikan negara.

“Buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat skopnya terlalu luas dan ia sebenarnya sesuai untuk tingkatan lapan ataupun tahun satu universiti,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat tiga elemen penting gagal ditonjolkan dalam buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat yang menjadi pertikaian pelbagai pihak ketika ini sehingga didesak supaya kandungannya dirombak semula.


Aripin berkata, beliau sependapat dengan pakar sejarah, Profesor Dr. Ramlah Adam supaya buku teks Sejarah Tingkatan Empat yang diterbitkan pada 2019 ditulis semula kerana skop kandungannya terlalu luas dan memberi kesukaran kepada pelajar dan guru untuk memahaminya.

Katanya, kesimpulan daripada buku teks berkenaan, penulisnya menulis tanpa merasai impak dan tanggapan yang dibuat juga terlalu mudah.

Sehubungan ITU beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kolokium atau sidang kepakaran bagi menilai semula buku teks berkenaan. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI