Benarkan swasta bantu kerajaan dalam program vaksinasi Covid-19 -

Benarkan swasta bantu kerajaan dalam program vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi kebenaran kepada semua syarikat korporat untuk melaksanakan sendiri proses vaksinasi Covid-19 kepada warga kerjanya.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, langkah tersebut dapat membantu kerajaan mengurangkan penularan pandemik Covid-19 dengan lebih pantas, sekali gus membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagaimanapun, menurut beliau, langkah tersebut perlu dikawal ketat termasuk dari segi proses perolehan dan penyimpanan vaksin serta me­lakukan suntikan.

“Ramai yang mampu untuk mendapatkan vaksin sendiri lebih- lebih lagi syarikat korporat. Namun ia perlu ada piawaian ketat. Ini termasuk pembe­lian dan simpanan vaksin serta suntikan.

“Mungkin syarikat korporat bayar kepada kerajaan untuk proses perolehan dan penyim­panan. Malah proses suntikan itu juga mungkin dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Selain itu, Ahmad Shukri berkata, pihak hospital swasta juga perlu diberi kebenaran untuk melaksanakan proses suntikan vaksin.

“Ini juga boleh membantu individu termasuk jemaah haji atau umrah mendapatkan vaksin lebih cepat sekiranya pintu sempadan antarabangsa dibuka nanti,” kata beliau.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerajaan hanya mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya jenis vaksin yang dibawa ma­suk mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Namun buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pelaksanaan vaksinasi oleh pihak swasta. Kita telah ada pelan bermula fasa pertama, kedua dan ketiga dengan membabitkan kumpulan sasaran tertentu sebagai permulaan.

“Keputusan ini bagi mengelak timbul isu lain seperti me­ngapa ada orang dapat awal dan ada pula dapat lambat? Adakah sebab dia kaya dia boleh dapat cepat? Jadi kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku,” jelasnya.

Dr. Adham turut berkata, kerajaan akan memberi keutamaan vaksin kepada kawasan yang berlaku peningkatan kes Covid-19 dan sementara me­nunggu giliran divaksin, rakyat kena patuhi prosedur operasi standard. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya