18 maut bangunan runtuh di Mesir - Utusan Malaysia

18 maut bangunan runtuh di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seramai 18 orang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bangunan setinggi 10 tingkat runtuh di timur Kaherah kelmarin.

Lapor Arab News, kejadian itu berlaku selepas negara ini berdepan dengan kejadian kereta api bertembung yang meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa pada Jumaat lalu.

Pasukan keselamatan dikerah ke lokasi kejadian di daerah Gesr Suez berhampiran Heliopolis dan jumlah kematian dijangka meningkat susulan banyak mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Gebenor Kaherah, Khaled Abdel Aal yang melawat lokasi kejadian mengarahkan supaya pihak berkaitan segera menyiasat punca runtuhan dan memeriksa kawasan setempat.

Dalam perkembangan lain, beberapa upacara pengebumian dilakukan bagi mangsa yang terkorban dalam nahas kereta api di daerah Tahta di selatan wilayah Sohag.

Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed berkata, jumlah kematian akibat insiden tersebut mulanya dilaporkan sebanyak 32 orang sebelum diturunkan kepada 19 orang, manakala angka mangsa cedera meningkat kepada 185.

Kamera pemantau menunjukkan dentuman kuat berlaku ketika dua kereta api bertembung menyebabkan gerabak tergelincir dari landasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN