KUBANG PASU: Sudah lebih tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di seluruh negara dan kesannya semakin dirasai banyak pihak termasuk pemandu teksi di sekitar pekan Changlun di sini. Rata-rata pemandu yang ditemui berkata, pendapatan mereka terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 dan PKP menambah lagi kesengsaraan mereka. Seorang pemandu teksi, Rosli Hashim, 60, berkata, dia terpaksa berkampung di stesen bas dan teksi di sini untuk menunggu pelanggan setiap hari…