Tiga negara kecam hukuman terhadap Malaysiakini - Utusan Malaysia

Tiga negara kecam hukuman terhadap Malaysiakini

KETUA Pengarang Malaysiakini, Steven Gan (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran ketika ditemui media selepas portal berita itu didenda RM500,000 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Kanada tampil mengecam hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas portal berita tempatan, Malaysiakini.

Kedutaan AS di Malaysia menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Malaysiakini adalah sesuatu yang membimbangkan dan mempunyai kesan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.

“Kebebasan bersuara, termasuk untuk ahli media dan masyarakat awam, adalah asas untuk wacana terbuka dan prinsip demokrasi yang menyokong akauntabiliti dan pemerintahan yang baik,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Pesuruhjaya UK di Malaysia, Charles Hay dan Pemangku Pesuruhjaya Kanada di Malaysia, Esther Van Nes dalam kenyataan bersama turut bimbang dengan keputusan yang dibuat terhadap Malaysiakini.

“Kebebasan media adalah asas kepada kepentingan terhadap keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan dalam semua lapisan masyarakat.

“Rakyat mesti dibenarkan berbincang dan berdebat mengenai sebarang isu secara bebas,” katanya.

Kenyataan-kenyataan itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana menghina mahkamah, tahun lalu.

Hakim Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan demikian antaranya mengambil kira komen-komen menghina mahkamah yang diterbitkan di portal terbabit telah tersebar di negara ini dan juga boleh diakses di luar negara.

Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 6-1 memutuskan portal itu telah menghina mahkamah kerana menerbitkan komen yang tidak wajar di laman sesawangnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya