Tiada kebakaran baharu kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang hari ini - Utusan Malaysia

Tiada kebakaran baharu kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang hari ini

KEADAAN kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang dekat Perai yang terbakar semalam yang menyebabkan kesesakan selepas pengguna raya bimbang melihat asap keluar dari jeriji besi di atas jalan raya. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada kebakaran baharu membabitkan kabel elektrik di Kilometer (KM) 3.2 Jambatan Pulau Pinang dekat Perai, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin berkata, arus elektrik pada kabel dimatikan secara automatik ketika kebakaran semalam.

“Hasil siasatan TNB mendapati tiada kebakaran semula berlaku (hari ini) pada ketiga-tiga kabel 132kV yang terbakar semalam.

“Kumpulan teknikal kami yang berada di lokasi mendapati kepulan asap yang timbul pagi tadi dan dipadamkan pihak bomba adalah kesan dari sisa-sisa kebakaran yang berlaku semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussaini berkata, pihaknya berterima kasih kepada bomba yang berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada kabel itu semalam.

“Pasukan kami bersama PLUS Malaysia Berhad dan bomba sentiasa memantau keadaan demi keselamatan pengguna jambatan tersebut,” katanya.

Media hari ini melaporkan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi tadi selepas kabel elektrik di bawah jambatan itu didakwa terbakar sekali lagi dan mengeluarkan asap.

Terdahulu, pengguna Jambatan Pulau Pinang semalam gempar selepas kebakaran yang tercetus itu mengeluarkan asap dari lubang jeriji di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.