GEORGETOWN: Sudah enam tahun menunggu, namun sehingga kini tidak ada sebarang perkembangan. Itu situasi melibatkan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong di sini yang sehingga kini terbiar sehingga ditumbuhi semak-samun sekali gus dibimbangi menjadi sarang binatang buas. Tanah seluas kira-kira 0.6 hektar yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Jelutong itu sepatutnya digunakan bagi tujuan pembesaran kubur sedia ada seperti yang diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 2015.…