Sekolah agama di Johor mula 7 Mac - Utusan Malaysia

Sekolah agama di Johor mula 7 Mac

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan bagi semua institusi pendidikan Islam di negeri bersambung semula mulai 7 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, ia melibatkan tadika agama Johor, sekolah rendah agama rakyat dan swasta selain madrasah malabar, institusi tahfiz swasta serta institusi pondok swasta.

Katanya, bagaimanapun, bagi institusi pendidikan Islam swasta yang masih dalam proses pendaftaran perlu memohon pembukaan sekolah mengikut tarikh ditetapkan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Permohonan kebenaran hendaklah dimajukan kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan tertakluk kepada kebenaran beroperasi oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah.

“Institusi pendidikan islam swasta yang tidak berdaftar tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tosrin berkata, sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah agama kerajaan Johor dilaksanakan dua sesi iaitu tahap satu melibatkan tahun satu, dua dan tiga yang bersekolah pada Isnin dan Rabu bermula 8 Mac depan.

Beliau memberitahu, bagi tahap dua iaitu tahun empat, lima dan enam akan bersekolah pada Ahad, Selasa serta Khamis bermula 7 Mac ini.

“Sekolah menengah agama kerajaan Johor dan sekolah menengah agama swasta yang berdaftar di negeri ini mula sesi persekolahan pada 4 April ini.

“Bagi sesi persekolahan tingkatan satu hingga lima serta murid Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesi 2021 di Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor, ia bermula pada 11 April ini,” ujarnya.

Katanya, perincian garis panduan persekolahan bagi sekolah agama Kerajaan Negeri Johor dan sekolah-sekolah berasrama bagi institusi pendidikan Islam Negeri Johor akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya