Saya tidak akan ambil vaksin Pfizer - Khairy Jamaluddin

Saya tidak akan ambil vaksin Pfizer – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa dirinya tidak akan mengambil langsung suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-Biontech.

Beliau sebaliknya memaklumkan akan sedia mengambil imunisasi wabak tersebut daripada pengeluar vaksin berikutnya sama seperti diterima rakyat Malaysia biasa yang lain selepas ini.

“Insya Allah, saya akan ambil mana-mana vaksin diluluskan seterusnya, kalau Sinovac, saya sedia, begitu juga Sputnik V keluaran Rusia atau Oxford-AstraZeneca dari Britain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama-sama Duta China, Ouyang Yujing di sini hari ini apabila ditanya wartawan mengenai bilakah dirinya akan dsuntik vaksin Covid-19.

Terdahulu, Khairy menyambut ketibaan kumpulan pertama dos Sinovac dari Beijing, China di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8.50 pagi tadi.

Ia merupakan sebahagian daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada 24 Februari lalu.

Mengulas lanjut, beliau selaku Menteri Penyelaras PICK berkata, beliau juga ada alasan yang tersendiri tidak mahu menerima dos Pfizer-Biontech malah sedia disuntik vaksin seterusnya.

“Saya tahu ada warganet persoal kenapa Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar, petugas barisan hadapan dapat vaksin Pifizer-Biontech tetapi rakyat pula disuntik vaksin lain.

“Konon dos syarikat lain itu kurang berkesan dan tidak mahal, justeru setelah meneliti balik beberapa hari lalu, saya memutuskan untuk disuntik bukan vaksin Pfizer-Biontech,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan di mana dan bilakah akan menerima suntikan itu di sebalik tular di media sosial yang dirinya akan berbuat demikian di Rembau, Negeri Sembilan.

Khairy namun menafikan vaksin keluaran firma dari Amerika Syarikat itu sebagai tidak bagus tetapi menegaskan, barisan menteri terlibat mahu memberi contoh mereka pun sedia divaksin.

Langkah tersebut ujar beliau, sekali gus menafikan tohmahan pihak tidak bertanggungjawab konon vaksin Covid-19 adalah tidak baik dan boleh menyebabkan kesan sampingan teruk.

Bahkan beliau memberi jaminan kepada rakyat bahawa semua vaksin diterima mereka sudah pun melalui penapisan ketat pihak berkuasa negara ini sebelum diluluskan untuk tujuan PICK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya