Pas jangan sampai 'melepas' - Saarani - Utusan Malaysia

Pas jangan sampai ‘melepas’ – Saarani

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas diingatkan supaya mengekalkan kesepakatan yang telah dipersetujui dengan UMNO bagi memastikan pembentukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) menerusi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, malah permuafakatan tersebut akan lebih memudahkan MN menang di negeri itu.

“Pas kena jelas tentang pendirian dikatakan berada di dua kolam ataupun akan kehilangan. Dengan UMNO dia tak dapat, dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun tak dapat. Saya takut jadi seperti mana berlaku di Sabah (Pilihan Raya Negeri).

“Saya nasihatkan kepada rakan saya daripada Pas, kena jelas perkara itu. Sebab sudah tetap dalam piagam dan juga dalam Majlis Tertinggi UMNO pun hanya disebut perkataan MN, UMNO dan juga Pas. Jadi pembahagian kerusi di Perak ini kita hanya berbincang berkaitan agihan kerusi antara UMNO dengan Pas,” katanya ketika ditemu bual di sini baru-baru ini.

Pada perkembangan sama, Saarani yang juga Menteri Besar Perak memberi kata dua kepada Bersatu, jika benar-benar ikhlas mahu mengukuhkan gabungan parti-parti politik Melayu, mereka layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang sahaja.

Beliau menjelaskan, ini kerana kerusi itulah satu-satunya yang dimenangi Bersatu pada pilihan raya umum lalu di negeri itu.

Menurutnya, Bersatu perlu menerima hakikat tersebut berikutan UMNO dan Pas sudah sepakat untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi masing-masing dan memastikan tidak bertembung antara satu sama lain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×