Orang Asli tidak kisah jadi kumpulan terakhir - Utusan Malaysia

Orang Asli tidak kisah jadi kumpulan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli perlu diberi penjelasan dan kefahaman lebih terperinci mengenai vaksin Covid-19 terlebih dahulu dan tidak kisah menjadi kumpulan terakhir yang menerima suntikan itu.

Aktivis Orang Asli negeri ini, Nasir Dollah berkata, penduduk Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman masih kurang jelas tentang kebaikan atau kesan sampingan vaksin itu terhadap seseorang individu.

“Pendedahan lanjut tentang vaksin perlu diberikan kepada kaum minoriti seperti kami.

“Kami mempunyai hak untuk tahu berkaitan dengan isu yang melibatkan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat Orang Asli keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nasir berkata, masyarakat bandar harus didahulukan untuk menerima suntikan kerana mereka lebih berisiko berbanding Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Orang Asli di negeri ini tidak 100 peratus menolak suntikan vaksin meskipun dihasut oleh golongan antivaksin.

“Walaupun vaksin ini dikatakan diuji keberkesanannya, kementerian masih perlu memberi pendedahan awal dan jaminan keselamatan kepada Orang Asli,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan komited memastikan komuniti Orang Asli sedar akan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 untuk menangani Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya