fbpx

Operasi Taska Genius Perpaduan di negeri PKPB, PKPP dibuka Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengoperasian Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan bermula Isnin ini.

Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP, pengoperasian Taska Genius Perpaduan masih tidak dibuka secara fizikal sehingga tempoh perintah itu berakhir.

Sepanjang tempoh tersebut, katanya, para pendidik terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian pendidik serta kanak-kanak.

“Kementerian akan memastikan pengoperasian ke atas semua Taska Genius Perpaduan ini adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

“Ini termasuk mematuhi Panduan Pembukaan Taska Genius Perpaduan dan Garis Panduan Kementerian Kesihatan serta Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua pendidik agar sentiasa memastikan anak-anak di Taska Genius Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Kata beliau, ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan serta arahan kerajaan negeri berkaitan sepanjang tempoh operasi itu. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI