Operasi Bersepadu Khazanah terima anugerah kali kelima

Operasi Bersepadu Khazanah terima anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Operasi Bersepadu Khazanah (OBK)  yang dilaksanakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dipilih  antara pemenang Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, anugerah berkenaan diterima daripada Majlis Asia  Environmental Enforcement Awards ke-5 anjuran United Nations Environment  Programme (UNEP) pada 17 Februari lalu.  

Menurut beliau, OBK dilancarkan pada 3 September 2019 untuk membanteras pencerobohan,  pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.

Selain Perhilitan, katanya, operasi berkenaan dilaksanakan bersepadu bersama Polis Diraja  Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan  Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri, Perbadanan Taman  Negeri Perak (PTNP), Perbadanan Taman Negeri Johor (PTNJ) dan pertubuhan  bukan kerajaan (NGO). 

“Anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan cemerlang OBK pada 2019 yang mana seramai 87 pesalah ditangkap dengan jumlah sitaan bernilai RM2.7 juta serta memusnahkan sebanyak 460 jerat dawai. 

“Pada tahun lalu pula, seramai 140 pesalah ditangkap dengan jumlah sitaan bernilai RM1.85 juta serta sebanyak 672 jerat  dawai dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar berkata, OBK masih giat dilaksanakan pada tahun ini dan diperkukuhkan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti – BP3. 

Katanya, kerjasama strategik seumpama ini bukan sahaja akan diteruskan malah  diperkukuhkan bagi menjaga khazanah biodiversiti negara yang tidak ternilai.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Jabatan  Perhilitan, PDRM, JKDM, JPSM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan  OBK.

“Saya menyeru semua pihak berganding bahu memperhebatkan usaha dalam  membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya