Lelaki bisu, dua rakan wanita ditahan seludup daun ketum

Lelaki bisu, dua rakan wanita ditahan seludup daun ketum ke Kuala Lumpur

SEBAHAGIAN daun ketum yang dirampas daripada seorang lelaki bisu dan dua rakan perempuannya di Sik malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang orang kurang upaya (OKU) dan dua rakan perempuannya ditahan selepas disyaki cuba menyeludup sebanyak 2,600 kilogram (kg) daun ketum ke Kuala Lumpur, malam semalam.

Lelaki bisu berusia 31 tahun dan rakan perempuannya yang berusia 32 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan Op Khas Ketum di belakang sebuah rumah di Kampung Chong di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Mereka ditahan itu ketika baru selesai membungkus daun ketum tersebut dan sedang menunggu lori untuk menghantar bekalan daun tersebut ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, dalam serbuan itu, polis menemui sebanyak 260 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum tersebut.

“Bekalan daun ketum yang diperoleh dari Kampung Lamdin, Padang Terap serta Kampung Kuala Beris dan sekitar Kampung Chong di sini dipercayai untuk diseludup ke Kuala Lumpur.

“Nilai daun ketum yang dirampas dianggarkan RM26,000 dan boleh dijual di pasaran pada harga RM156,000 atau RM60 sekilogram,” ujarnya.

Menurut Abdull Razak, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam pengedaran daun ketum sejak setahun lalu.

“Mereka turut mengakui sudah beberapa kali mengedar daun ketum ke Kuala Lumpur dan Kelantan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan permintaan tinggi,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya