Kudeta di Myanmar perlu dihentikan segera -PBB - Utusan Malaysia

Kudeta di Myanmar perlu dihentikan segera -PBB

SETIAUSAHA Agung PBB, Antonio Guterres. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan rampasan kuasa di Myanmar perlu dihentikan walau apa jua cara sekali pun.

Katanya, PBB akan memberi tekanan kepada barisan ketenteraan Myanmar untuk menghentikan semua konflik yang berlaku di negara itu ketika ini.

“Kami akan lakukan apa sahaja untuk membuat semua komuniti antarabangsa menekan Myanmar bagi memastikan rampasan kuasa itu gagal.

“Adalah tidak wajar menolak kehendak rakyat yang sudah memilih kerajaan mereka dalam pilihan raya lepas,” katanya.

Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing sebelum ini mendakwa keputusan pilihan raya umum negara itu dipenuhi dengan penipuan dan peralihan demokrasi yang dilakukan tidak sah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN