KUALA LUMPUR: Modus operandi bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad untuk mendapatkan rasuah adalah dengan cara berkirim salam. Sembilan kali Mohd. Isa berkirim salam melalui bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md. Arip kepada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel, beliau memperoleh wang tunai berjumlah RM3.09 juta. Hari ini, ‘salam’ itu telah mengakibatkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dihukum penjara enam…










