Khai jual produk langsing bukan sebab PKP - Utusan Malaysia

Khai jual produk langsing bukan sebab PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Khai Bahar, 27, kini menceburi bidang perniagaan selepas sedekad menyimpan duit simpanan sepanjang penglibatan kerjayanya sebagai penyanyi.

Menurut penyanyi lagu Bayang itu, ini merupakan kali pertama dia mencuba untuk berniaga kerana sebelum ini hanya sekadar sebagai duta sahaja.

Selain itu, kata Khai lagi, keadaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rata-rata orang di luar sana mengalami berat badan naik secara mendadak dan sebagai langkah untuk membantu mendapatkan berat badan yang ideal, terlahirlah KSlimz iaitu produk minuman coklat.

“Saya melihat bukan orang di luar sana sahaja yang berkongsi mengenai cerita berat badan mereka sudah naik semasa PKP ini, namun saya dan ahli keluarga sendiri pun sama ada turun naik dan disebabkan itulah saya mengambil peluang ini untuk berniaga dan sama-sama sihat.

“Tambahan pula sedari awal kerjaya lagi memang orang di sekeliling telah mencadangkan kepada saya untuk terlibat dalam bidang ini, apatah lagi rakan terdekat seperti Puteri Zarith dan ramai lagi membuatkan saya lebih yakin dengan adanya sokongan mereka.

“Alhamdulillah setelah melihat kejayaan rakan-rakan dalam bidang perniagaan dan belajar sedikit demi sedikit, hari ini saya beranikan diri untuk mencuba dengan hasil duit simpanan sendiri,” ujarnya pada sidang media pelancaran produk.

Sebanyak lima ribu kotak telah dikeluarkan sebagai pengenalan dan berharap orang di luar sana dapat sama-sama menjana pendapatan sebagai ejen. Untuk pembelian boleh hubungi terus di Instagram @kslimzgroup

Mengulas mengenai adakah situasi pandemik Covid-19 menjadi antara asbab penglibatan dalam bidang ini, bagaimanapun Khai menyifatkan lebih kepada impian yang sudah lama terbuku.

Khai juga tidak menafikan faktor populariti juga memainkan peranan dalam penjualan sesuatu produk.

“Ada yang cakap selagai nama disebut-sebut kena buat dan ambil peluang. Jadi saya tak berlengah, saya ambil peluang ini dan sahut cabaran mendatang,” ujarnya.

Dalam perkembangan seni suara Khai bakal tampil dengan mini album pada bulan Ramadan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya