‘Jangan ganggu Uchee’ - Utusan Malaysia

‘Jangan ganggu Uchee’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uchee meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang kenalan lama yang didakwa telah melakukan ‘body shaming’ ke atas dirinya.

Menurut Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 31, isu bentuk badan ini tidak patut dijadikan sebagai mukadimah atau teguran apabila sudah lama tidak berjumpa dengan kenalan.

“Seharusnya tanya khabar bukannya terus serang cakap fasal badan, sebab kita ini perempuan dan isu bentuk badan memang sensitif.

“Allah kurniakan semua manusia ada kecantikan tersendiri. Jadi kita ini kenalah bersyukur,” jelas Uchee ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah pelakon yang terkenal dengan panggilan ‘Wongshe Wongshe’ menerusi drama bersiri Nur itu lagi, hal sedemikian bukan kali pertama berlaku.

“Sebelum ini saya dah banyak kali menjadi mangsa bentuk badan malah muka pun turut dijadikan bahan.

“Awalnya, saya hanya menganggap sekadar gurauan sahaja, tapi bila berjumpa asyik cakap macam itu, memanglah saya rimas,” luah Uchee sedih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN