Fokus pertanian moden atasi kekurangan tanah - Che Abdullah

Fokus pertanian moden atasi kekurangan tanah

CHE Abdullah Mat Nawi (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada petani yang terkesan dengan banjir tahun lalu di Rantau Panjang, Kelantan hari ini. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus mencari jalan melaksanakan kaedah pertanian moden bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi biarpun berdepan kekurangan tanah pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pertukaran status tanah pertanian kepada pembangunan diakui memberikan impak kepada penghasilan sumber makanan negara.

Keadaan itu bagaimanapun kata beliau, sukar dielakkan kerana kedua-dua aspek iaitu pertanian dan pembangunan saling melengkapi dan menjadi keperluan rakyat.

“Bidang kuasa tanah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan kita faham dengan isu-isu yang dibangkitkan berkait penukaran status tanah pertanian kepada pembangunan.

“Rakyat turut memerlukan penempatan (rumah) untuk berteduh dan kedua-dua ini saling melengkapi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang, di sini hari ini.

Che Abdullah memberitahu, pelaksanaan projek Kebun Komuniti (Kebuniti), pertanian bandar dan sebagainya merupakan antara inisiatif kementerian yang bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian.

“Tanah tidak bertambah, tetapi rakyat makin ramai sekali gus permintaan makanan menjadi tinggi. Jadi kita perlu mencari alternatif terbaik bagi memastikan bekalan makanan negara cukup,” ujarnya.

Mengulas mengenai bantuan banjir, Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kementerian memperuntukkan sejumlah RM146,100 bagi membantu petani yang terjejas dengan musibah tersebut pada penghujung tahun lalu dan awal Januari.

Katanya, peruntukkan di bawah Program MAFI Prihatin itu melibatkan seramai 1,461 petani.

“Hampir 90 peratus petani yang merupakan ahli PPK terkesan dengan musibah itu telah menerima sumbangan dan baki 180 penerima di lima buah PPK lagi akan diagihkan secara berperingkat secepat mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya