Ezzaty harap penggiat seni patuh SOP - Utusan Malaysia

Ezzaty harap penggiat seni patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ezzaty Abdullah, 30, menarik nafas lega apabila akhirnya pihak kerajaan membenarkan semula operasi sektor industri seni kreatif dan berharap agar para penggiat seni dapat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaik-baiknya.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ketika dihubungi berkata, akibat isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) industri seni kreatif baru-baru ini tidak membenarkan penggambaran dilaksanakan, kemungkinan beberapa tawaran mendatang terpaksa ditolak.

“Ada beberapa drama, telefilem dan filem akan dijalankan dalam bulan ini. Jadi kalau ada pihak produksi nak jalankan penggambaran serentak pada bulan Mac dan April selepas habis penggambaran bulan ini contohnya, saya terpaksa tolak beberapa tawaran berkenaan dan ambil yang sudah pasti. Hal itu kerana saya tak mahu jadual bercanggah,” jelasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercerita tentang kerugian yang dialami sepanjang PKP, Ezzaty  berkata, dia mengalami kerugian sejak kali pertama langkah itu dilaksana namun dia bersyukur apabila operasi sektor salon kecantikan juga sudah dibenarkan untuk beroperasi semula.

“Kerugian masa PKP 1.0 pun belum dapat saya tampung apatah lagi yang sekarang ini. Bayangkanlah hampir sebulan lebih kita menjalani PKP 2, banyak jugalah kos yang perlu ditanggung seperti bayar sewa kedai dan bayar gaji pekerja. Mujurlah saya ada inisiatif lain dengan menjual mi udang bagi menjana pendapatan sampingan sejak awal bulan ini.

“Sekarang alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat sebab salon pun sudah dapat beroperasi seperti biasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini