Dua tahanan POCA ditahan pecah pejabat sekolah - Utusan Malaysia

Dua tahanan POCA ditahan pecah pejabat sekolah

SUSPEK yang diburu, Nathan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun baru dibebaskan daripada tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 Januari lalu, ternyata perkara itu tidak menginsafkan dua sahabat apabila mereka ditahan sekali lagi kerana melakukan pecah pejabat sekolah bersama dua individu lain.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 40 an itu ditahan dalam operasi selama dua hari bermula Selasa lalu di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pengetua sekolah menengah yang mengatakan bilik guru dipecah masuk pada 7 Februari lalu.

Katanya, sekolah tersebut kerugian kira-kira RM3,000 kerana komputer, komputer riba dan duit tabung sekolah dilarikan pencuri.

“Modus operandi kumpulan ini adalah melakukan jenayah antara pukul 5 hingga 6 pagi dengan memanjat pagar bagi memasuki premis sebelum mengumpil tombol pintu dengan menggunakan pemutar skru.

“Siasatan mendapati kumpulan suspek ini terlibat dalam lima kes dengan nilai kerugian RM10,000 dan bergiat aktif sejak awal tahun ini. Mereka menyasarkan tadika, sekolah rendah dan menengah sekitar Kapar dengan menjalankan kegiatan pecah pejabat sekolah” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati barangan curi itudijual kepada warga asing dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara mereka.

“Pemeriksaan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis heroin. Malah tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Dua daripadanya baru dibebaskan dari Penjara Kajang dan Bentong atas kesalahan POCA awal tahun ini,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya kini mengesan seorang lelaki bernama Muhammad Taufik Adam Abdullah atau dikenali Nathan berusia 30-an dan beralamat terakhir di Jalan Keretapi Lama, Kapar bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya