Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kuala Terengganu

BOT nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara ditahan di kedudukan 65 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama tujuh kru termasuk tekong yang menceroboh perairan negara, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot itu ditahan kapal peronda KM Tegas di kedudukan 65 batu nautika dari Kuala Terengganu, kira-kira pukul 10 pagi.

“Kita turut merampas hasil laut seberat hampir 100 kilogram termasuk ikan dan sotong di samping 500 liter minyak diesel.

“Bot kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, tangkapan yang dibuat itu bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan disebarkan warga asing yang menceroboh perairan negara.

Katanya, Maritim Malaysia terus komited menggalas tugas dan tanggungjawab walaupun berdepan cabaran keadaan cuaca tidak menentu terutama ketika peralihan monsun timur laut.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS.

Dalam perkembangan lain, beliau mengajak orang ramai meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-16 Maritim Malaysia yang diadakan secara maya dalam laman Facebook agensi itu Isnin ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya