Borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19 belum diedar - Utusan Malaysia

Borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19 belum diedar

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai diminta tidak keliru dengan pengedaran borang palsu berhubung persetujuan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Borang berkenaan kononnya akan diguna pakai kerajaan dan diedarkan kepada rakyat sebelum menerima suntikan vaksin ber­kenaan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan akan mengemukakan borang sebenar sebelum pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Borang ini belum diedarkan lagi sebab pendaftaran hanya bermula pada bulan depan.

“Pegawai Undang-undang Kementerian Kesihatan pun belum meluluskannya.

Borang yang didakwa sebagai borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19 yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya berharap orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang borang yang diedarkan bagi tujuan mengelirukan,” katanya di sini semalam.

Dalam pengedaran borang yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, satu aku janji dituntut untuk ditandatangani penerima vaksin iaitu menyatakan bahawa mereka perlu bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan atau tindakan selepas menerima vaksin kerana manfaat adalah jauh lebih baik dari­pada kesan sampingannya.

Borang tersebut turut me­nya­takan bahawa vaksin ini tidak memberi jaminan sepenuhnya kepada penerima daripada tidak mendapat jangkitan Co­vid-19 pada masa akan datang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN