13 warga asing bergelang putih beli barang lepas saringan

13 warga asing bergelang putih beli barang lepas saringan

GAMBAR tular yang dikongsi pengguna dalam media sosial memaparkan wanita memakai gelang putih berada di sebuah kedai runcit di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tindakan empat lelaki dan sembilan wanita warga asing yang memakai gelang putih membeli barangan di sebuah kedai runcit di Taman Kota Jaya di sini, menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat.

Kesemua mereka yang bekerja di sebuah kilang berdekatan baru selesai menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dipakaikan gelang berkenaan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, hasil siasatan mendapati kesemua mereka pergi ke kedai runcit terbabit untuk membeli bekalan makanan bagi tujuan kuarantin sebelum diarahkan balik ke rumah masing-masing.

“Kita ada menerima maklumat mengenai perkara itu dan terus menggerakan pasukan pemantau Covid-19 serta petugas Kementerian Kesihatan ke lokasi yang dinyatakan.

“Kesemua mereka terus diarahkan pulang dan pasukan pemantauan juga terus melakukan rondaan bagi memastikan kesemua individu berkaitan Kluster Jalan Lombong itu terus ke alamat kuarantin masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular dalam media sosial memaparkan beberapa wanita sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai sehingga menimbulkan kekhuatiran penduduk setempat yang melihat mereka memakai gelang putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya