Sub inspektor, staf awam IPK Melaka dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Sub inspektor, staf awam IPK Melaka dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengesahkan dua kakitangannya positif Covid-19, manakala 45 pegawai serta anggota sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah masing-masing sejak minggu lalu. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, dua kakitangan yang dijangkiti membabitkan seorang sub inspektor dan kakitangan awam yang bertugas di bahagian logistik berusia 30 dan 53 tahun. 

Menurut beliau, kedua-dua mereka telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang, Selangor pada awal minggu lalu. 

“Sub inspektor tersebut dijangkiti melalui rakan kepada anaknya yang positif Covid-19, manakala seorang lagi daripada kakaknya yang pulang dari kampung. 

“Mereka telah dihantar ke PKRC Maeps dan seramai 45 lagi kakitangan yang mempunyai kontak dengan mereka telah menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, setakat ini seramai 83 kakitangan di IPK berkenaan telah menjalani ujian calitan Covid-19. 

“Kita telah melaksanakan sanitasi  di seluruh IPK dan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menjejaki kontak rapat serta kluster mana yang terlibat. 

“Bagaimanapun, perkara ini sama sekali tidak menjejaskan penugasan anggota polis di Melaka,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya