Rizab Melayu: MB minta PTG jawab - Utusan Malaysia

Rizab Melayu: MB minta PTG jawab

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menjawab dakwaan tanah rizab Melayu seluas 641.6 hektar di negeri ini dipindah milik kepada bukan Melayu.

Beliau yang ditanya mengenai dakwaan itu tidak mahu mengulas lanjut kerana mahu memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat.

“Tak apa, yang itu (dakwaaan tanah rizab Melayu dipindah milik) PTG akan jawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat anggota barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Changkat Jering, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Saarani turut meminta ‘orang politik’ tidak mengeruhkan suasana ketika pandemik Covid-19 ketika ini dengan menimbulkan dakwaan sedemikian.

Menurutnya, sepatutnya semua pihak memberi tumpuan untuk memastikan PKP yang dilaksanakan dapat menurunkan kes Covid-19.

“Sekarang saya nak beri perhatian kepada penularan Covid-19. Kepada semua orang termasuk orang politik pun, janganlah mengharu-birukan suasana ini.

“Kita tumpu perhatian sebaik-baiknya bagaimana nak selesaikan Covid-19. Bagaimanapun masalah itu (dakwaan tanah rizab Melayu dipindah milik) memang kita kena selesaikan juga tapi sekarang ini, kita tumpu mengurangkan kes Covid-19 dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pihaknya akan mengemukakan bukti dan fakta-fakta dalam bagi menjawab isu tanah rizab Melayu di negeri ini berpindah milik kepada bukan Melayu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak benar, Mohamad Fariz memberitahu, pihaknya akan membuat penjelasan lanjut mengenai dakwaan itu dalam tempoh terdekat dan akan menemui Menteri Besar untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan laporan mengenai Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di Perak didakwa dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket yang didakwa didalangi oleh pegawai kerajaan.

Sindiket itu dikatakan menyasarkan tanah di Sitiawan yang digazetkan sebagai tanah rizab Melayu pada 1990.

Malah Putra Perak pernah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku sebarang salah laku terhadap pemberi milikan lot-lot tanah rizab Melayu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.