PETALING JAYA: Standard kriteria kenaikan pangkat ke jawatan profesor di semua universiti masa kini telah jauh berubah selain lebih ketat berbanding era Tun Dr. Arshad Ayub menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM). Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Majlis Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, untuk rekod, kini hanya terdapat sekitar 2,000 profesor di 20 buah universiti awam, bukan ‘lebih 2,500 orang’ seperti dilaporkan. Beliau berkata, selain terlibat…










